Tuesday 17 July 2012

TAKLIMAT DARI PRESIDEN MAJLIS ULAMA ROHINGYA (MUR) TENTANG RUSUHAN KAUM DI ARAKAN, MYANMAR

(Nota:  Sejak meletusnya rusuhan kaum di Arakan (kini dikenali Rakhine State), Myanmar pada 3 Jun 2012 yang lalu Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan, Presiden, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima banyak undangan daripada jawatankuasa masjid-masjid dan beberapa NGO terkemuka di sekitar Lembah Klang.  Berikut ini adalah intipati penerangan yang disampaikan oleh beliau pada majlis-majlis berkenaan untuk bacaan dan makluman rakyat Malaysia khususnya)



            1.      LATARBELAKANG
1.1    Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya  (terdapat 137 etnik kesemuanya).
1.2         Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya.
1.3         Namun, etnik Rakhine mendapat pengiktirafan warganegara dan disokong pemerintah Myanmar – tidak disisihkan seperti Rohingya.
1.4    Masyarakat Rakhine dan penganut Buddhist serta pemerintah Myanmar tidak pernah menerima kehadiran Rohingya walaupun Rohingya yang dikenali sebagai Mujahidin turut sama memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1940.
1.5         Rohingya sudah lama bertapak di bumi Arakan sejak empat kurun dan turut memiliki raja-raja beragama Islam yang jadi pemerintah.
1.6         Persepsi masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa  Rohingya adalah ‘kaum pendatang’ dari keturunan Benggali – dibawa masuk oleh British untuk dijadikan buruh kasar. Kemudian mereka mendakwa kononnya penduduk Benggali menyeberangi sempadan dan memasuki Arakan beramai-ramai secara haram disebabkan kepadatan kependudukan di Bangladesh!
           (Catatan:  The United Nations describes Rohingyas as people who have descended from Arabs, Moors, Turks, Persians, Mughals and Pathans, in all likelihood, given their skin colour, language and lifestyle, the likelihood of them having descended from people who now constitute Bangladesh is fairly high. However, given the history of that part of the country — Chittagong was once part of the Arakan Kingdom — and while British rule in the subcontinent meant that people from Bengal travelled freely into what is now Myanmar and vice versa, such retracing of racial and geographical connection along the new maps of the world is rather futile. Rohingyas, like most other peoples and races of the world, are people who travelled to the Rakhine state hundred years ago for better livelihood and have since settled there…...”
1.7             Atas premis itulah pemerintah Myanmar sejak1942 dan etnik-etnik yang beragama Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai pendatang asing yang tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.
1.8             Pada 1982 pemerintah junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘CITIZENSHIP LAW (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya – Cuma 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.
1.9             Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta tentera – Rohingya mengalami penyisihan - tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.

1.10         Rohingya dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan.             Bermacam-macam halangan dan kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-

-          Pergerakan dari bandar ke bandar disekat
-    Perkahwinan mesti mendapat kebenaran daripada  pihak tentera dan dikenakan bayaran
- Aktiviti keagamaan dilarang (dilarang membena masjid,madrasah, menyembelih binatang qurban dsbnya)
-          Cukai dikenakan secara arbitrari
-          Tangkapan dibuat ikut suka hati
-          Peras ugut
-          Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)
-          Tanah masyarakat Rohingya dirampas dan penduduk dihalau dari kampong halaman (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)
-          Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat kerajaan
-          Rohingya tidak dibenar menjadi guru
-          Rohingya disekat mendapat pendidikan tinggi
-      Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang – contohnya tidak boleh melaungkan azan, penyembelihan binatang korban
-          Identiti Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah - termasuk subjek sejarah yang diajar di sekolah
1.11         Akibatnya, Rohingya menjadi masyarakat yang tidak bernegara (stateless people) - tidak ada sebarang bentuk dokumentasi pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan.
1.12  Tidak tahan dengan kekejaman yang dilakukan lebih 1.5 juta masyarakat Rohingya telah meninggalkan tanah air untuk menjadi masyarakat pelarian di negara-negara jiran (termasuk Saudi Arabia dan negara-negara lain di Timur Tengah, Pakistan, Thailand, Australia dan Malaysia).
1.13    Pelarian yang paling ramai tinggal di Bangladesh, dianggarkan 1 juta - tinggal di kem-kem pelarian yang disediakan oleh UNHCR – dianggarkan lebih 100,000 ribu  pelarian lagi yang terbiar tidak di bawah jagaan agensi antarabangsa.
1.14    Di Malaysia, pelarian Rohingya mula tiba pada tahun 1989 dan jumlahnya kini dianggarkan seramai 30,000.
1.15         Rohingya secara keseluruhannya adalah masyarakat yang paling miskin dan daif – bukan sahaja tidak berilmu malah disekat dari menjalankan aktiviti ekonomi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa etnik Rohingya adalah golongan minoriti yang paling teruk di tindas di dunia berbanding dengan kaum minoriti di negara-negara lain.
                                                                                                                                             
     2.  RUSUHAN TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA – SEBAHAGIAN DARI DASAR PEMBERSIHAN ETNIK (ETHNIC CLEANSING)
2.1       Punca rusuhan kaum ini amat kompleks dan pelbagai – telah berakar umbi dalam dasar diskriminasi dan institusi perkauman  yang dikenakan terhadap masyarakat Rohingya di Arakan oleh pemerintah sejak 1942.
2.2       Rusuhan yang bermula pada 3 Jun 2012 bukan kali pertama.  Sebelum itu berlaku beberapa rusuhan yang besar terhadap orang Islam -1942, 1962, 1978, 1988, 1994, 2000 dan yang terakhir awal Jun 2012.  Sejak 1942 hingga sekarang beratus-ribu Rohingya telah dibunuh dengan kejam.

2.3     Pemerintah merahsiakan jumlah korban sebenar dan maklumat tentang keadaan diskriminasi diputarbelitkan serta dikawal rapi oleh media pemerintah. Lazimnya, pihak media dan kerajaan melaporkan bahawa masyarakat Rakhine yang ramai menjadi mangsa, dan melabel Rohingya sebagai pengganas yang melakukan provokasi; walhal keadaan sebenar adalah sebaliknya.

2.4    Setiap rusuhan dirancang begitu sistematik bertujuan menghapuskan etnik Rohingya dari wilayah Rakhine dan juga mendiskriminasi agama Islam. Bila berlaku rusuhan ramai Rohingya yang dibunuh dan disiksa. Untuk menyelamatkan nyawa mereka rela menjadi pelarian.

2.5    Jenayah Rakhine ini melibatkan juga polis tempatan (hlooh tien) dan tentera yang kesemuanya terdiri dari masyarakat Buddhist.

2.6     Malah kerajaan pro-demokrasi yang baru dibentuk (pimpinan Thien Sien) dan Pemenang Anugerah Nobel, Aung San Su Kyi juga tidak berani mengecam tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka takut untuk memberi keadilan kepada masyarakat Rohingya kerana secara realitinya mereka adalah pemimpin kepada rakyat Myanmar yang majoriti beragama Buddhist. Mereka turut mengesahkan dasar-dasar yang diwujudkan oleh pemerintah terdahulu atas kepentingan politik dan keselamatan nasional!

2.7            Wakil media antarabangsa sentiasa dikawal dan tidak dapat maklumat sebenar. Lazimnya, mereka memetik berita yang dipaparkan melalui saluran television dan surat khabar pemerintah (hanya akhir-akhir ini agensi berita antarabangsa hampir dapat mengesan berita yang berlaku di tempat-tempat kejadian).

3.    RUSUHAN BULAN JUN 2012








3.1           Pada 3 Jun sepuluh (10) Muslim Myanmar diserang dan dibunuh oleh 200 pengganas Rakhine dalam sebuah bas yang membawa orang Muslim Myanmar dari satu majlis keagamaan di tempat pemeriksaan tentera di bandar Taungup, selatan Arakan.
3.2     Mereka dikatakan membalas dendam terhadap satu kes rogol dan bunuh gadis Rakhine yang kononnya dilakukan oleh pemuda Rohingya. Sebenarnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh orang Rohingya!
3.3             Bagi menjustifikasikan juga jenayah itu perbuatan orang Rohingya pihak berkuasa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 2 lelaki Rohingya yang tersalah tuduh itu.

3.4         Puak ekstrimis Rakhine mengganas dan membunuh warga Rohingya di Bandar-bandar Sittwe (Akyab), Buthidaung dan Maungdaw. Kemudian merebak ke kampong-kampong – membunuh, membakar rumah dan merompak harta benda.  Ada juga berita yang menyebut penghuni tidak sempat melarikan diri dan dibakar hidup-hidup. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol dan dibunuh oleh pengganas Rakhine dan anggota polis/ tentera – satu perbuatan kebinatangan yang lazimnya dilakukan oleh manusia yang tidak bertamadun.
3.5  Mayat mangsa segera dibawa lari ke tempat rahsia untuk dibakar/ditanam bagi mengelakkan perkara sebenar diketahui oleh dunia luar. Angka korban masyarakat Rohingya dilaporkan sedikit berbanding mangsa etnik Rakhine oleh media pemerintah. Media kerajaan juga memaparkan berita masyarakat Rakhine yang ramai terkorban dan terpaksa berlindung di kuil-kuil dan sekolah-sekolah di bawah kawalan ketat polis dan tentera. Manakala Rohingya dituduh sebagai pengganas dan pembunuh.
3.6   Pelbagai tektik digunakan bagi memburukkan imej Rohingya untuk menaikan kemarahan amat sangat masyarakat Buddhist – mayat mangsa Rohingya yang dibunuh dibotakkan dan dipakaikan ala-sami Buddha untuk meuwar-uwarkan bahawa orang Rohingyalah yang melakukan kekejaman dan membunuh sami-sami.
3.7        Keganasan pihak Rakhine yang dibantu polis dan tentera  menyebabkan penduduk Rohingya lari sehelai sepinggang ke kampong-kampong di bahagian pendalaman.   
3.8    Beribu-ribu warga Rohingya cuba memasuki sempadan - malangnya disekat oleh pengawal keselamatan Bangladesh yang tidak membenarkan mereka masuk lalu mengusir mereka balik ke Myanmar untuk dimamah oleh pengganas Rakhine.
3.9             Pihak tentera Myanmar yang dihantar kerajaan pusat untuk mengawal dan menghentikan rusuhan bersifat berat sebelah. Curfews yang diadakan hanya melarang masyarakat Rohingya keluar dari kawasan mereka berlindung. Mereka dikepung oleh tentera dan polis di setiap penjuru termasuk kawalan anggota navy di persisir pantai.
3.10    Larangan perintah berkurung itu tidak dikenakan kepada masyarakat Rakhine.  Keadaan sedemikian memberi kebebasan kepada pengganas Rakhine membunuh, merompak dan membakar perkampungan Rohingya – yang dibantu secara aktif oleh anggota tentera dan polis tempatan – yang kesemuanya berbangsa Rakhine. Tentera Rakhine juga memasuki kem-kem perlindungan mangsa Rohingya – menangkap dan membawa keluar pemuda-pemuda (termasuk belasan tahun) ke tempat yang tidak diketahui.  Nasib mereka tidak diketahui!
3.11    Media antarabangsa disekat untuk mendapatkan berita sebenarnya. Pada awal-awal rusuhan, agensi-agensi berita antarabangsa cuma memetik dan mengesahkan apa yang dipaparkan melalui television dan suratkhabar kerajaan (akhir-akhir ini barulah berita berwibawa disiarkan)

3.12  Sejak meletusnya rusuhan pada 3 Jun dianggarkan 30,000 rumah  masyarakat Rohingya dibakar (termasuk banyak masjid dan madrasah) dan lebih 150,000 kehilangan tempat tinggal di bandar-bandar Akyab ( Sittwe), Maungdaw, Rathedaung dan Kyauktaw.

                                                                                                                                                                             
             4.    KEMASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN

4.1  Bantuan kemanusiaan yang membawa makanan, air bersih, ubat-ubatan, khemah dan keperluan hidup dari agensi kemanusiaan antarabangtsa (seperti Agensi Makanan PBB, Red Cross dll) sudah mula masuk ke Myanmar.

4.2     Dari laporan yang diterima, pegawai dan sukarelawan agensi berkenaan tidak dapat mengagihkan terus bantuan kepada mangsa dari masyarakat Rohingya.  Disebaliknya, mereka diiringi oleh pihak tentera yang membawa mereka terus ke kem-kem perlindungan masyarakat Rakhine.

5.    CARA PENGHANTARAN BANTUAN DENGAN SELAMAT KEPADA MANGSA ROHINGYA

5.1    Pimpinan MUR menerima panggilan telefon setiap masa dari saudara-mara dan rakan-rakan yang berada di tempat-tempat perlindungan di Arakan memberitahu tentang keadaan penderitaan mereka di sana dan merayu agar kami dapat menyelaraskan bantuan daripada Muslimin dan Muslimat di Malaysia untuk dihantar kepada mereka.      
   
5.2     Pimpinan MUR tidak putus hubungan dan masih mempunyai networking dengan tokoh aktivis dan sukarelawan Muslim berwibawa yang tinggal di bandar Rangon.  Pihak MUR bersedia membantu menyelaraskan penerimaan sumbangan daripada penderma masyarakat Malaysia dan menghantar terus kepada mereka.

5.3       Para aktivis dan sukarelawan Muslim yang dimaksudkan itu mempunyai cara-cara dan dayaikhtiar yang tinggi untuk mempastikan bantuan kemanusiaan dari orang ramai (khususnya rakyat Malaysia) sampai kepada mangsa Rohingya yang pada masa ini benar-benar berada dalam kesusahan.

5.4   Pihak MUR menerima laporan bahawa akhir-akhir ini ramai mangsa Rohingya yang terkorban bukan disebabkan kena bunuh – mereka mati disebabkan kebuluran dan yang sakit tidak menerima bantuan perubatan.

5.5     Muslimin dan Muslimat yang berhajat untuk membuat sumbangan sila hubungi Ustaz Mohd.Jaber bin Mohd. Subahan, Presiden MUR (tel mobile: 017-354-9311) supaya dapat diberi penjelasan.
                                        
            6.    SKIM PENGHAPUSAN ETNIK
           Rusuhan, pengusiran, pelbagai diskriminasi dan sekatan hidup terhadap masyarakat Rohingya seperti yang berlaku sejak 70 tahun yang lalu adalah satu skim kerajaan yang terancang dan sistematik untuk menghalau Rohingya dari bumi Rakhine yang diterajui oleh ‘state terrorists’.
             7.    PENYELESAIAN KONFLIK (satu cadangan)
7.1    Kerajaan Myanmar sejak dari dahulu tidak adil, tidak ikhlas dan  tidak bersungguh mahu menyelesaikan konflik ini.
7.2  Pemerintah sentiasa mencetus pelbagai cara bersistematik untuk melaksanakan dasar pembersihan etnik (ethnic cleansing)
7.3  PBB, ASEAN, European Union (EU)  perlu campur tangan untuk menghentikan pembersihan etnik (Ethnic Cleansing)  dan keganasan agama (Religious Violence) terhadap orang Rohingya.
7.4     Krisis di Rakhine ini memerlukan keikhlasan, komitmen dan kesungguhan daripada kerajaan baru Myanmar bagi mencari punca sebenar, seterusnya menyelesaikannya segera dan untuk selama-lamanya.
7.5   Isu utama – Citizenship Law (1982) perlu dimansuhkan – masyarakat Rohingya mesti diiktiraf sebagai warganegara.
7.6    Aung San Su Kyi perlu mainkan peranan yang lebih jujur dan komited untuk mendapat masyarakat antarabangsa serta bertegas dengan kerajaan di Rangon, sepadan dengan anugerah Hadiah Nobel yang diterimanya yang melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia menentang kerajaan Myanmar yang zalim.
7.7    NGO-NGO Islam diminta mengatur banyak persidangan di peringkat serantau dan antarabangsa untuk membincangkan isu masyarakat pelarian dan pencabulan hak asasi manusia di Myanmar serta  mencari resolusi konflik.
7.8     NGO-NGO Muslim terkemuka di Malaysia disaran menganjurkan dialog peradaban (civilizational dialogue) antara tokoh-tokoh agamawan dan ilmuan tersohor kedua agama (Islam dan Buddhist - dengan mengundang sama tokoh-tokoh terkemuka agama Buddhist di Myanmar) yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Buddhist dan Islam di Myanmar khususnya supaya menghormati satu sama lain serta menghentikan kezaliman seperti mana yang didokong dalam ajaran agama masing-masing.
7.9     NGO-NGO Muslim di seluruh dunia perlu menggerakkan  kempen serta melobi di peringkat ASEAN, European Union (EU) dan PBB supaya menekan junta Myanmar menghormati Human Rights serta mengiktiraf Rohingya sebagai rakyat Myanmar yang sah.


Saturday 7 July 2012

BUKTI-BUKTI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA

Dalam rusuhan kaum paling buruk di wilayah Arakan baru-baru ini terlalu banyak peristiwa tidak berperikemanusiaan (luar dari batas perlakuan kewarasan akal manusia) dilakukan oleh masyarakat Rakhine terhadap etnik Rohingya Muslim.  Beribu-ribu dibunuh dengan kejam - tidak kira yang muda atau orang tua, wanita dan kanak-kanak. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol. Lebih 20 buah kampong dan berpuluh masjid dan madrasah dimusnahkan – sama ada dibakar atau diruntuhkan. Harta benda dirampas.

Orang-orang Rohingya bertempiaran lari ke hutan belantara, ke bukit, ke laut untuk berlindung -  ramai saudara mara dan rakan kami lari ke sempadan negara jiran untuk menagih simpati dan mendapat bantuan dan perlindungan  – namun apakan daya mereka dihalang masuk malah diusir balik ke bumi berdarah di Arakan untuk dimamah dan diratah oleh pemangsa yang begitu ganas!

Ramai orang terutama kanak-kanak , orang tua dan mereka yang berpenyakit yang mati; bukan disebabkan pembunuhan tetapi akibat kebuluran, kekurangan ubat dan serangan penyakit. 

Bantuan daripada masyarakat antarabangsa yang tiba melalui pihak pemerintah tidak diagihkan kepada mangsa etnik Rohingya Muslim tetapi dibolot oleh masyarakat Rakhine dan pihak tentera serta polis tempatan yang beragama Buddha!

Mengapakah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya tidak mendapat pembelaan daripada masyarakat antarabangsa – khususnya Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan ASEAN? Adakah pemerintah junta Myanmar begitu kebal?  Apakah ada agenda geopolitik kuasa besar yang bersekongkol dengan regim militari Myanmar? Adakah disebabkan etnik Rohingya ini beragama Islam?  
Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah ini adalah testimoni pelbagai bentuk kezaliman dan kekejaman yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya dalam rusuhan kaum baru-baru ini. 

Semoga ada tangan-tangan ‘Ansar’ yang dapat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada ribuan saudara-mara dan rakan kami yang lari sehelai sepinggang! Mereka kehilangan anggota keluarga, rumah dan harta benda dalam tragedi tersebut – begitu ramai yang cedera yang memerlukan ubat dan rawatan kesihatan. Dan, kepada Allah s.w.t kami berdo’a dan berserah semoga masyarakat Rohingya yang dizalimi ini mendapat pertolongan dari Muslimin dan Muslimat yang budiman. Kami (kepimpinan MUR) masih mempunyai rangkaian aktivis dan tokoh-tokoh sukarelawan yang boleh memastikan bantuan kemanusiaan itu benar-benar sampai kepada mangsa masyarakat Rohingya yang masih terperangkap di wilayah Arakan, Myanmar.

BANTUAN & PERTANYAAN

Untuk menyumbang bantuan Fisabilillah dan sebarang pertanyaan sila hubungi:
Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan
Pengerusi, Majlis Ulama Rohingya (MUR)
Mobile phone:  017-354-9311


Pembunuhan Yang Kejam








Harta Benda Yang Dimusnahkan








Tentera Bersekongkol Melakukan Kekejaman Bersama Pengganas Rakhine







Mereka Kehilangan Tempat Tinggal Dan Orang Yang Tersayang









Thursday 5 July 2012

TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

Majlis Ulama Rohingya (MUR) merakamkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak yang telah membuat aku janji untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa etnik Rohingya Muslim yang terlibat dalam rusuhan etnik yang paling buruk di wilayah Rakhine, Myanmar pada awal bulan Jun yang lalu.  Komitmen tersebut telah dibuat oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu siding media baru-baru ini.

MUR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa NGO dan pertubuhan siasah di Malaysia yang begitu komited untuk membantu mangsa tragedi.

Tidak ketinggalan, MUR juga berterima kasih kepada institusi-institusi zakat di negara ini seperti Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Lembaga Zakat Selangor, Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dan masyarakat Malaysia umumnya yang sentiasa menunjukkan sifat ehsan untuk menghulur bantuan yang berupa wang ringgit dan keperluan lain – terutama untuk tujuan pembangunan pendidikan dan pengukuhan aqidah anak-anak masyarakat pelarian Rohingya yang berada di negara ini.

Semoga Allah s.w.t jua yang dapat membalas jasa dan budi baik pemimpin kerajaan khususnya dan pemimpin NGO serta masyarakat Malaysia umumnya. Insya’Allah!

Wednesday 4 July 2012

MASYARAKAT PELARIAN MYANMAR BERDEMONSTRASI DI BANGUNAN KEDUTAAN MYANMAR DI KUALA LUMPUR

Pada 15 Jun yang lalu satu demonstrasi besar-besaran telah diadakan di ibu kota Kuala Lumpur – sekitar 2,000 masyarakat  Rohingya dan juga masyarakat Islam Malaysia telah berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan Myanmar kira-kira 1 kilometer dari masjid.

Mereka melaungkan kata-kata kejian dan kecamanan sambil membawa sepanduk yang mengandungi pelbagai slogan mengutuk kekejaman regim. Penunjuk perasaan juga membawa gambar-gambar mangsa pembunuhan dan gambar-gambar masjid, rumah serta harta benda yang dimusnahkan oleh etnik Rakhine yang dibantu oleh polis dan tentera tempatan.

Dalam tragedi  berdarah yang bermula sejak 8 Jun yang lalu lebih 20 buah kampong musnah.


Himpunan tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO tempatan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) yang dipimpin oleh Setiausaha Agungnya, Cikgu Azmi Abdul Hamid dan turut disokong oleh beberapa pertubuhan Muslim lain di Malaysia.

Walaupun perarakan menuju ke bangunan Kedutaan Myanmar disekat oleh anggota keselamatan, akhirnya segerombolan yang dipimpin oleh Cikgu Azmi itu berjaya melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum. 


Namun, di hadapan pintu pagar kedutaan, wakil duta Myanmar enggan membuka pintu pagar untuk menerima memorandum.  Selepas hampir setengah jam menunggu dengan laungan beramai-ramai, akhirnya memorandum tersebut berjaya diserahkan melalui celah pintu masuk kepada salah seorang petugas kedutaan yang berkawal di bangunan berkenaan. 

Cikgu Azmi yang di wawancara oleh wakil-wakil media mengecam sikap tidak hormat yang ditunjukkan oleh pihak duta Myanmar  yang enggan bertemu untuk menerima memorandum tersebut - "Dia datang ke Malaysia, kita bagi tanah dan tempat tinggal, tiba-tiba dia layan kita macam ini. Jadi hari ini kita menuntut kerajaan kita menghalau mereka keluar dari bumi Malaysia ini, kita tidak boleh tolak ansur lagi.Mereka bunuh saudara Islam kita, orang perempuan, anak-anak kecil.  "’Respect’  la sikit, ini kertas sahaja, bukan bom. Kita akan gerakkan kempen besar-besaran kali ini," katanya.

Pada minggu sebelum itu masyarakat Rohingya telah juga berdemontrasi di hadapan kedutaan Amerika dan di depan bangunan UNHCR di Kuala Lumpur.  

MUR mendesak agar Majlis Keselamatan PBB segera menghantar pasukan penyiasat serta pasukan pengaman untuk mengawal keadaan dan menghentikan kekejaman regim tentera Myanmar bagi  meneruskan dasar penghapusan etnik  terhadap masyarakat Rohingya Muslim di wilayah Rakhine (dahulu dikenali ARAKAN).   


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More