Thursday 12 September 2013

RAYUAN UNTUK MENYERTAI IBADAH QURBAN/AQIQAH UNTUK MASYARAKAT ROHINGYA TAHUN 1434H

[Gambar hiasan: Ibadah Qurban Anjuran MUR di kem pelarian sempadan
     Bangladesh-Myanmar tahun lepas]

Kepada :      Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekalian,

Assalamualaikum wr.wb.

1    Barisan kepimpinan Majlis Ulama Rohingya (MUR) mendoakan semoga semua Muslimin dan Muslimat di Malaysia berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah S.W.T.

2.  Sempena dengan sambutan Eidul Adha 1434H tidak berapa lama lagi, pertubuhan kami merayu kepada saudara-saudara Muslim di seluruh Malaysia yang dikurniakan rezeki dan kemewahan hidup oleh Allah S.W.T supaya dapat turut menyertai Ibadah Qurban/Aqiqah supaya daging-daging qurban/aqiqah itu dapat diagihkan kepada warga Islam Rohingya yang menjadi masyarakat pelarian bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh-Myanmar juga kepada ratusan ribuan orang-orang Islam yang terperangkap di  Arakan dan wilayah lain di Myanmar.

3.     Kedatangan Eidul Adha adalah satu-satunya peluang yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat pelarian ini untuk menjamah daging qurban yang diterima daripada sumbangan saudara Islam dari seluruh dunia.  Bagi kebanyakan masyarakat Rohingya, khususnya yang tinggal di kem-kem pelarian di Cox Bazaar-Bangladesh dan di kawasan-kawasan pendalaman di Arakan hanya berpeluang menjamah kenikmatan daging qurban ini semasa bulan Dzulhijjah sahaja. Itulah sebabnya perayaan Eidul Adha ini amat dinanti-nanti dan sungguh bermakna bagi mereka.

4.    Oleh sebab itulah  kami  sangat merayu kepada saudara Muslim di negara ini yang mampu untuk menyertai Ibadah Qurban/Aqiqah pada tahun ini.  Kadar yang ditetapkan adalah seperti berikut:-

TEMPAT
JENIS IBADAH
HARGA (termasuk kos pengurusan)

DI MYANMAR & BANGLADESH
Qurban
RM1540 (untuk 1 ekor lembu)
RM220 (untuk 1 bahagian) 

Aqiqah
RM380 (untuk 1 ekor kambing)
DI MALAYSIA
Qurban
RM2600 (untuk 1 ekor lembu)
RM371 (untuk 1 bahagian)

Aqiqah
RM600 (untuk 1ekor kambing)

5.   Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan atau saudara-mara berhajat menyertai ibadah Qurban/Aqiqah pada tahun ini sila hantar sumbangan mengikut pilihan masing-masing dengan mengisikan bersama BORANG yang disertakan di bawah ini.

6.  Untuk melaksanakan program Ibadah Qurban/Aqiqah di Bangladesh dan dalam wilayah Arakan serta Myanmar, kepimpinan MUR melantik wakil-wakil yang terdiri daripada beberapa ulama dan aktivis Muslim yang tinggal di sana.  Setiap tahun mereka membantu menguruskan pembelian binatang qurban, penyembelihan serta  pengagihan daging-daging qurban/aqiqah itu berdasarkan prinsip amal makruf nahi mungkar, keimanan dan taqwa serta berpegang kepada konsep husnuzon.

7.     Kami berharap setiap Muslim yang menyertai program Ibadah Qurban/Aqiqah pada tahun ini akan terus mendapat baraqah daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Insya’Allah!

8.     Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi salah seorang pemimpin utama MUR seperti berikut:-

            (i)         Mohd Jaber bin Mohd. Subahan (Pengerusi)                 -           0173549311
            (ii)        Abu Sayed bin Abd. Malek (Timbalan Pengerusi)         -           0175222924
           (iii)     Rahimullah bin Mohd. Hussain (Naib Pengerusi)                -           0162973032
            (iv)      Mohd Karim bin Fazal Karim (Setiausaha Agung)          -           0164704272
            (v)       Abdu Sattar bin Abdu Gaffar (Bendahari)                      -           0172470740

            [Catatan:  Tarikh akhir penyertaan ialah 11 Oktober 2013]

9.  Penyertaan dan kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk menjayakan Ibadah Qurban/Aqiqah pada tahun ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Wassalam!

Dengan hormatnya,

USTAZ MOHD. JABER BIN MOHD. SUBAHAN
Pengerusi

Majlis Ulama Rohingya (MUR)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More