Friday, 18 May 2012

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PEMIMPIN ABIM

Kepimpinan MUR sukacita merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Cawangan Klang, di bawah pimpinan Cikgu Muslim, yang kerap menyumbangkan beras dan keperluan makanan kepada murid-murid tahfiz yang belajar dan tinggal di Madrasah Al-Islahiah Al-Islamiah Tahfizul Quran, Jalan Meru.  

Cikgu Muslim sedang memberi ucapan di satu majlis anjuran MUR

Sumbangan ikhlas daripada pihak ABIM amat dialu-alukan. Semoga sumbangan dan sadaqah jariah ini akan dapat melahirkan murid-murid yang hafiz al-Quran.  Pada masa ini seramai 32 orang murid (dari 71 keseluruhannya) sedang mengkhusus pengajian Tahfiz Al-Quran di bawah pimpinan Ustaz Al-Hafiz Abdul Jalil bin Dudumeah.

Penyampaian sumbangan oleh wakil ABIM Klang kepada Ustaz Mohd. Jaber

Lawatan Proffesor Azizah dan Pegawai MKN ke Madrasah MERU

Proffesor Azizah binte Kassim, Fellow Kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang membuat kajian sosio-ekonomi tentang masyarakat pelarian Rohingya di negara ini telah membuat lawatan ke madrasah Al-Islahiah Al-Islamiah Tahfizul Quran, Jalan Meru, Klang pada 25 Februari 2012.  Beliau turut membawa bersama seorang pegawai dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).  Profesor Azizah menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 manakala MKN menyumbangkan pelbagai jenis buku rujukan agama Islam untuk bacaan murid-murid di madrasah tersebut. 

Profesor Azizah Kassim (kiri) bersama Pengerusi MUR, Ustaz Mohd. Jaber

Penyerahan sumbangan buku dari wakil MKN kepada Ustaz Mohd. Jaber

Semasa kunjungan tokoh kehormat tersebut pimpinan MUR telah memberi taklimat tentang operasi dan aktiviti program pendidikan yang dijalankan di madrasah tersebut. Pada masa itu terdapat seramai 71 murid   (46 lelaki dan 25 perempuan) mengikuti pengajian akademik (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Arab dan Pengajian Islam).  Tenaga pengajar terdiri seperti berikut:- 

- Encik Nurullah bin Nur Alam (Bahasa Inggeris/Sains)
- Puan Safa binti Shamsulalam (Matematik)
- Ustaz Al-Hafiz Abdul Jalil bin Dudumeah (Fardu Ain/Pengajian Islam/Bahasa Arab/Tahfiz al-Quran)

Sebahagian murid-murid di Madrasah Al-Islahiah Al-Islamiah Tahfizul Quran, Jalan Meru 

Pihak MUR berharap semoga hasil kajian ilmiah yang dikendalikan oleh Profesor Azizah Kassim itu dapat memberi kefahaman sebenar kepada pemerintah negara ini tentang isu besar dan permasaalahan serta kepayahan hidup  yang dihadapi oleh masyarakat pelarian Rohingya di Malaysia.  Apa yang sangat-sangat dinantikan oleh masyarakat Rohingya di negara ini ialah penyaluran bantuan dana untuk penyediaan prasarana dan guru-guru bagi menyampaikan pendidikan kepada anak-anak yang berumur dalam lingkungan 7 – 14 tahun (yang sepatutnya berada di sekolah untuk mendapat pendidikan duniawi dan ukhrawi secara formal).  Disamping isu pendidikan, masyarakat Rohingya juga menghadapi pelbagai kesulitan - antaranya adalah taraf pemastautinan yang sah, pekerjaan untuk menyara hidup seharian dan bantuan rawatan kesihatan. 

KUNJUNGAN PROFFESOR DR. WAKARUDDIN KE MALAYSIA

Professor Dr. Wakaruddin (bertali leher) bergambar dengan pemimpin masyarakat Rohingya

Proffesor Dr. Wakaruddin, yang merupakan Presiden Arakan Rohingya Union (ARU),  beribu pejabat di Pennsylvania, USA telah berkunjung ke Malaysia selama 2 hari, bermula pada 19 Januari 2012.  Pada hari pertama beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Rohingya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).  Antara lebih kurang 20 orang yang hadir termasuk pemimpin-pemimpun MUR (Ustaz Mohamad Amin, Ustaz Mohd. Jaber, Ustaz Mohd. Ayub dan Ustaz Mohd Karim) serta beberapa tokoh pemimpin masyarakat Rohingya yang lain seperti Sdra. Sawmeullah, Sdra. Ghiasuddin dan Sdra Abdul Ghani.

Dalam pertemuan itu, Dr. Wakaruddin menyeru supaya masyarakat Rohingya bersatu dalam  perjuangan. ARU yang dipimpin beliau akan terus membawa isu pelarian masyarakat Rohingya dan masaalah politik di Myanmar di peringkat antarabangsa, melalui OIC.  Dr. Wakaruddin juga akan berusaha melobi di peringkat antarabangsa bagi memaksa satu persidangan meja bulat antara ARU dengan rejim junta tentera Myanmar bagi membincang isu pelarian Rohingya dan mendesak rejim menerima etnik Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More