Tuesday, 17 July 2012

TAKLIMAT DARI PRESIDEN MAJLIS ULAMA ROHINGYA (MUR) TENTANG RUSUHAN KAUM DI ARAKAN, MYANMAR

(Nota:  Sejak meletusnya rusuhan kaum di Arakan (kini dikenali Rakhine State), Myanmar pada 3 Jun 2012 yang lalu Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan, Presiden, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima banyak undangan daripada jawatankuasa masjid-masjid dan beberapa NGO terkemuka di sekitar Lembah Klang.  Berikut ini adalah intipati penerangan yang disampaikan oleh beliau pada majlis-majlis berkenaan untuk bacaan dan makluman rakyat Malaysia khususnya)             1.      LATARBELAKANG1.1    Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya  (terdapat 137 etnik kesemuanya). 1.2        ...

Saturday, 7 July 2012

BUKTI-BUKTI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA

Dalam rusuhan kaum paling buruk di wilayah Arakan baru-baru ini terlalu banyak peristiwa tidak berperikemanusiaan (luar dari batas perlakuan kewarasan akal manusia) dilakukan oleh masyarakat Rakhine terhadap etnik Rohingya Muslim.  Beribu-ribu dibunuh dengan kejam - tidak kira yang muda atau orang tua, wanita dan kanak-kanak. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol. Lebih 20 buah kampong dan berpuluh masjid dan madrasah dimusnahkan – sama ada dibakar atau diruntuhkan. Harta benda dirampas. Orang-orang Rohingya bertempiaran lari ke hutan belantara, ke bukit, ke laut untuk berlindung -  ramai saudara mara dan rakan kami lari ke sempadan negara jiran untuk menagih simpati dan mendapat bantuan dan perlindungan  – namun apakan...

Thursday, 5 July 2012

TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

Majlis Ulama Rohingya (MUR) merakamkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak yang telah membuat aku janji untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa etnik Rohingya Muslim yang terlibat dalam rusuhan etnik yang paling buruk di wilayah Rakhine, Myanmar pada awal bulan Jun yang lalu.  Komitmen tersebut telah dibuat oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu siding media baru-baru ini. MUR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa NGO dan pertubuhan siasah di Malaysia yang begitu komited untuk membantu mangsa tragedi. Tidak ketinggalan, MUR juga berterima kasih kepada institusi-institusi zakat di negara ini seperti Yayasan...

Wednesday, 4 July 2012

MASYARAKAT PELARIAN MYANMAR BERDEMONSTRASI DI BANGUNAN KEDUTAAN MYANMAR DI KUALA LUMPUR

Pada 15 Jun yang lalu satu demonstrasi besar-besaran telah diadakan di ibu kota Kuala Lumpur – sekitar 2,000 masyarakat  Rohingya dan juga masyarakat Islam Malaysia telah berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan Myanmar kira-kira 1 kilometer dari masjid. Mereka melaungkan kata-kata kejian dan kecamanan sambil membawa sepanduk yang mengandungi pelbagai slogan mengutuk kekejaman regim. Penunjuk perasaan juga membawa gambar-gambar mangsa pembunuhan dan gambar-gambar masjid, rumah serta harta benda yang dimusnahkan oleh etnik Rakhine yang dibantu oleh polis dan tentera tempatan. Dalam tragedi  berdarah yang bermula sejak 8 Jun yang lalu lebih 20 buah kampong musnah. Himpunan tersebut...

Pages 201234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More