Sempena Sambutan Hari Raya Eidul Adha
baru-baru ini, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah berjaya mengagihkan 228 ekor
binatang qurban/aqiqah (lembu) dan 24 ekor (kambing) akiqah kepada masyarakat
pelarian Rohingya bukan sahaja di Malaysia
bahkan termasuk juga di kem-kem pelarian di Bangladesh dan
masyarakat pelarian Rohingya yang berlindung di kampung-kampung pendalaman di
wilayah Arakan.
Agihan
binatang qurban/aqiqah itu adalah seperti berikut:-
- 51 ekor lembu dan 10 ekor kambing untuk kem pelarian di Bangladesh (termasuk juga kepada beberapa kumpulan pelarian di luar kem).
- 38 ekor lembu dan 1 ekor kambing di beberapa penempatan pelarian Rohingya di Semenanjung Malaysia.
- 139 ekor lembu dan 13 ekor kambing di perkampungan pendalaman dalam Wilayah Arakan.
Barisan kepimpinan MUR sukacita
mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan ribuan
terima kasih kepada semua agensi kerajaan dan zakat, pihak NGO serta individu-individu
Muslimin dan Muslimat di Malaysia yang bermurah hati menyertai ibadah qurban
untuk masyarakat pelarian Rohingya tahun ini (1434h) atas kepercayaan terhadap MUR bagi memegang
amanah besar yang diberikan itu.
Agensi-agensi yang membuat sumbangan
adalah seperti berikut:-
1) Bank Al-Rajhi: 23 ekor lembu dan 9 ekor kambing.
2) Takaful
Malaysia: 7 ekor lembu dan (6 bahagian lagi).
3) IKRAM: 15
ekor lembu (termasuk 2 ekor untuk Malaysia).
5) Global Peace
Mission (GPM): 46 ekor lembu (36 untuk
Malaysia dan 10 ekor Arakan/Bangladesh).
6) Individu-individu: 118 ekor lembu dan 15 ekor kambing (termasuk sumbangan
daripada YM Raja Rahimah Binti Tuanku Abdul Samad - 6 ekor lembu serta RM2,760
derma untuk Tabung MUR). Ustaz Abdullah Bin Abdul Hamid (seorang pendakwah)
dari Manjung, Perak telah menyumbangkan 4 ekor lembu (termasuk 2 bahagian lagi).
Warga Rohingya di sebuah kampung pendalaman
Arakan
juga menerima lembu qurban sumbangan para dermawan
dari Malaysia yang
disalurkan melalui MUR
|
Penduduk di pendalaman Arakan kelihatan
bersedia untuk
menunaikan ibadah korban – ehsan dari
para dermawan dari Malaysia
|
Masyarakat Rohingya bersama menunaikan Ibadah Qurban
di sebuah perkampungan
di Buthidaung
|
Penerima daging qurban dan aqiqah di kem
pelarian Rohingya
di Cox-Bazaar, Tiknaf,
Bangladesh
|
Pelaksanaan ibadah qurban 1434h dari
rakyat Malaysia
(disalurkan melalui MUR) di Tiknaf,
Bangladesh
|