Ustaz Mohd Karim Bin Fazal Karim
Setiausaha Agung
Majlis Ulama Rohingya (MUR)
Sempena
Sambutan Eidul Adha 1434 Hijrah pihak Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima
sumbangan ibadah qurban daripada beberapa NGO tempatan dan antarabangsa untuk
diagihkan kepada masyarakat pelarian Rohingya yang tinggal di Bangladesh dan
Malaysia.
Pihak
MUR juga berjaya mengaturkan penghantaran sumbangan qurban dan aqiqah untuk disampaikan
kepada masyarakat Rohingya yang tinggal di beberapa perkampungan pendalaman
dalam wilayah Arakan. Untuk pengetahuan umum, penyembelihan binatang qurban
adalah diharamkan oleh pemerintah Burma.
Namun,
oleh kerana ibadah qurban ini berlaku setahun sekali dan menjadi kelazimannya
menerima daging qurban ini adalah masa yang paling di nanti-nanti oleh umat
Islam di wilayah Arakan. Ramai di
kalangan warga Islam di Arakan hanya dapat menikmati lauk daging setahun sekali
– iaitu daging qurban yang diterima hasil sumbangan Muslimin dan Muslimat
daripada beberapa negara Islam (termasuklah dari Malaysia).
Berikut
ini saya sukacita melaporkan pengagihan binatang qurban (lembu) dan aqikah
(kambing) yang diterima daripada pelbagai pihak untuk masyarakat Rohingya:-
(1) Sumbangan daripada Global
Peace Mission (GPM): 10 ekor lembu telah dihantar untuk diagihkan
kepada masyarakat Rohingya yang tinggal di kem pelarian di sempadan Bangladesh-Burma.
(2)
Sumbangan daripada IKRAM: 6 ekor lembu dan 25 ekor kambing untuk
pelarian Rohingya di Bangladesh; 1 ekor kepada penduduk Rohingya yang
bermastautin di sekitar Jalan Meru (Klang); 1 ekor lembu untuk masyarakat
Rohingya yang tinggal di sekitar Jalan Gombak; 20 ekor lembu untuk masyarakat
Rohingya di wilayah Arakan (dibuat secara rahsia).
(3) Sumbangan daripada orang
ramai: 36 ekor lembu diterima sumbangan orang ramai.
12 ekor dihantar untuk masyarakat pelarian di Bangladesh, dan 24 ekor lembu qurban
dan 10 ekor kambing aqikah dihantar ke Arakan (secara rahsia).
(4) Sumbangan daripada sebuah NGO
German disalurkan melalui Global Peace Mission (GPM): 114 ekor lembu diagihkan kepada masyarakat
Rohingya yang tinggal di beberapa buah penempatan di negeri-negeri Trengganu, Johor,
Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
DALIL IJMA’ ULAMAK
Para
ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan
hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang
paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan
akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika
disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum
darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah
ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)
Saya,
bagi pihak pimpinan Majlis Ulama Rohingya (MUR) mengambil kesempatan di sini mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua penyumbang ibadah qurban/aqikah sempena
sambutan Eidul Adha 1434H.
Pihak
MUR juga ada mengeluar dan mengirimkan Sijil Penghargaan kepada semua pihak yang
menghantar sumbangan qurban/aqikah.
Kami
doakan semoga Allah s.w.t memberi ganjaran pahala yang sewajarnya kepada
Dato’/Datin/Tuan/Puan yang budiman.
Dengan
hormatnya,
Ustaz
Mohd. Karim bin Fazal karim
Setiausaha
Agung
Majlis
Ulama Rohingya (MUR)