
Ustaz Mohd Ayub
bin Haji Abdul Ghaffar bersama isteri dan anak-anak telah berhijrah ke Chicago,
Amerika Syarikat (AS) pada 16 Februari 2013. Penghijrahan beliau sekeluarga ke
AS telah dijayakan dengan bantuan pihak UNHCR.
Pemergian Ustaz
Ayub meninggalkan Malaysia untuk selama-lamanya adalah satu kehilangan besar
bagi Majlis Ulama Rohingya (MUR). Beliau yang memegang jawatan Bendahari sejak lebih
kurang enam tahun yang lalu merupakan seorang yang beramanah dan berintegriti.
Beliau juga banyak membantu MUR dari segi kewangan, kerja-kerja dakwah dan
melakukan ibadah amal – terutama dari segi pembangunan pengajian agama Islam
untuk anak-anak masyarakat pelarian Rohingya yang diwujudkan dalam bentuk
sistem madrasah di lebih 10 penempatan...