Sunday, 30 June 2013

RAYUAN ZAKAT RAMADAN UNTUK DIAGIHKAN KEPADA MASYARAKAT ISLAM DI BURMA & PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA & BANGLADESH

·  Untuk membantu 70,000 pelarian di Cox Bazaar (Bangladesh) bukan bawah naungan UNHCR -  hidup mereka begitu sengsara. ·   Untuk menghulurkan bantuan makanan, selimut dan ubat-ubatan kepada sekitar 120,000 ribu masyarakat Islam yang menjadi mangsa keganasan di Arakan dan di wilayah-wilayah lain seperti di Yangon, Mandalay dan Lashio di Shan State. ·  Untuk membantu menggerakkan program pendidikan di 13 buah madrasah di sekitar  Lembah Klang dan Seberang Perai untuk anak-anak pelarian Rohingya mendapat pendidikan duniawi dan ukhrawi. Inilah satu-satunya peluang yang ada untuk anak-anak pelarian berumur antara 6-14 tahun mendapat pendidikan, memandangkan mereka tidak berpeluang belajar di sekolah...

Monday, 17 June 2013

LIMA PELAJAR ETNIK ROHINGYA MENERIMA SUMBANGAN SAGUHATI DARIPADA ALWEFAQ CHARITY ASSOCIATION - LIBYA

(Duduk di depan dari kiri : Muhammad Sayed dan Faizal Nazir Hussein. (Belakang dari kiri) Zahiruddin, Ustaz Rahimullah (Naib Pengerusi MUR), Ustaz Mohd. Karim (Setiausaha Agung MUR, Ustaz Mohd. Jaber (Pengerusi MUR) dan Mahmudul Hassan. Qutub Shah (bawah) Pada 21 Mei 2013 Alwefaq Charity Association – Libya telah menyumbangkan bantuan saguhati berjumlah RM1,200 seorang kepada lima orang pelajar berikut yang sedang menuntut di pelbagai bidang pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM):-. Mahmudul Hassan – Pengajian Fiqah dan Usuluddin (Peringkat Sarjana) Muhammad Sayed – Pengajian Al-Quran Walsunnah (Peringkat Sarjana) Zahiruddin – Pengajian Farmasi (Peringkat Ijazah Pertama) Faizal Nazer Hussein – Pengajian Ekonomi...

SUMBANGAN DARI SEBUAH NGO DARI LIBYA UNTUK TAHANAN IMIGRESEN SEMENYIH

Pada 21 Mei 2013, Pimpinan MUR yang diketuai oleh Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan telah diberi kebenaran oleh Ketua Pengarah, Jabatan Depot, KDN untuk membuat lawatan ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk menyampaikan sumbangan kain dan baju kemeja-T, sejadah, selipar, kain tuala mandi kepada 250 tahanan imigresen dari etnik Rohingya. Sumbangan kain sarung juga disampaikan kepada 30 tahanan wanita Rohingya. MUR menerima sumbangan tersebut daripada wakil Alwefaq Charity Association – Libya - Ustaz Karem Eskendaaly. Tahanan Rohingya di Depot Tahanan Imigresen Semenyih itu adalah kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen. Sebagaimana yang diketahui umum pelarian Rohingya merupakan...

Thursday, 6 June 2013

PERKEP MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MADRASAH MASYARAKAT PELARIAN ROHINGYA DI JALAN MERU, KLANG

[Puan Sri Rohayah mewakili PERKEP menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,950,   bahan-bahan makanan serta alatulis kepada Ustaz Mohd. Jaber - Pengerusi, Majlis Ulama Rohingya (MUR)] Yang Berbahagia Datin Seri Rohayah binti Dato Seri Panglima Haji Mohd. Yassin, isteri kepada Yang Berbahagia Dato’ Seri Mohd. Bakri Zinin (Timbalan Ketua Polis Negara) yang mewakili Persatuan Keluarga-Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah melawat Madrasah Al- Islamiah Al-Islahiah Maahad Tahfizul Quran di No. 2 Jalan Sentosa, off 29 Taman Bunga Melor, Jalan Meru, Klang pada 20 Mei 2013. Ketibaan Datin Seri Rohayah dan ahli-ahli Jawatankuasa PERKEP telah disambut oleh...

Pages 201234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More