Pada
21 Mei 2013, Pimpinan MUR yang diketuai oleh Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd.
Subahan telah diberi kebenaran oleh Ketua Pengarah, Jabatan Depot, KDN untuk
membuat lawatan ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
Tujuan
lawatan tersebut adalah untuk menyampaikan sumbangan kain dan baju kemeja-T,
sejadah, selipar, kain tuala mandi kepada 250 tahanan imigresen dari etnik
Rohingya. Sumbangan kain sarung juga disampaikan kepada 30 tahanan wanita
Rohingya.
MUR
menerima sumbangan tersebut daripada wakil Alwefaq Charity Association – Libya -
Ustaz Karem Eskendaaly.
Tahanan
Rohingya di Depot Tahanan Imigresen Semenyih itu adalah kesalahan memasuki
negara ini tanpa dokumen. Sebagaimana yang diketahui umum pelarian Rohingya
merupakan ‘stateless people’ oleh kerana mereka dinafikan hak sebagai
warganegara oleh pemerintah Myanmar sejak 1982. Oleh yang demikian mereka tidak
memiliki sebarang dokumen perjalanan.
MUR
merayu kepada pihak berkuasa di negara ini supaya memberi layanan khas kepada
tahanan etnik Rohingya yang terpaksa meninggalkan bumi Arakan bagi mengelakkan diskriminasi dan kekejaman
yang dilakukan oleh pemerintah dan warga Rakhine yang beragama Buddhist.