Ustaz Abdu Sattar
Bin Abdu Ghaffar
Bendahari
Majlis Ulama
Rohingya (MUR)
|
Jawatankuasa Majlis Ulama
Rohingya (MUR) telah melantik Ustaz Abdu Sattar Bin Abdu Ghaffar sebagai
Bendahari MUR yang baru. Beliau mengisi kekosongan jawatan tersebut
yang ditinggalkan oleh Ustaz Mohd. Ayub Bin Haji Abdul Ghaffar yang berhijrah
ke Milwaukee, Chicago, Amerika Syarikat pada bulan pada awal tahun ini.
Ustaz Abdu Sattar yang
sebelum ini memegang jawatan Penolong Setiausaha MUR merupakan salah seorang
pengasas Majlis Ulama Rohingya (MUR) pada bulan April 1994 dahulu.
Beliau mendapat pendidikan pengajian
Islam di Madrasah Aljamiyah Rahmaniah Darul Ullom di Sakki Bazaar, Sittwe
(Akyab).
Ustaz Abdu Sattar berumur 39
tahun, sudah berumah tangga dan mempunyai tiga
orang anak. Beliau sangat aktif menjalankan kerja-kerja amal dan
kebajikan.
Harapan Ustaz Abdu Sattar ialah
semoga Muslimin dan Muslimat dapat terus menghulurkan sumbangan melalui MUR
untuk disalurkan kepada masyarakat Islam yang kehilangan ahli keluarga, tempat
tinggal dan mata pencarian akibat rusuhan yang dilakukan oleh militan Buddhist
yang tidak bertamadun ke atas mereka di beberapa buah bandar besar di Myanmar
pada tahun ini. Sebelum itu gerakan
penghapusan etnik terhadap etnik Rohingya dilakukan di Wilayah Arakan sejak
1942 sehingga membunuh beratus ribu orang Rohingya. Pada masa ini lebih 120,000 yang
menjadi pelarian di negara sendiri manakala 1.2 juta menjadi masyarakat
pelarian di negara-negara teluk dan negara-negara jiran (termasuk 30,000 di
Malaysia).
Pada masa yang sama, Ustaz
Abdu Sattar juga memberitahu bahawa bantuan amat diperlukan daripada orang
ramai untuk mengembangkan pendidikan duniawi dan ukhrawi kepada anak-anak
pelarian Rohingya di 13 buah madrasah bawah naungan MUR di sekitar Lembah Klang
dan Seberang Perai Tengah.
Ustaz Abdu Sattar boleh
dihubungi melalui telefon : 0172470740.