Sempena Sambutan Hari Raya Eidul Adha 1436 H 2015, Majlis
Ulama Rohingya (MUR) telah berjaya mengadakan program ibadah Qurban Dan Aqiqah
1436H 2015 di Arakan Burma dan sempadan Bangladesh. Program yang diadakan ini
adalah hasil sumbangan umat Islam Malaysia.
Barisan kepimpinan MUR sukacitanya mengambil kesempatan ini
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada
semua agensi kerajaan,zakat,pihak NGO serta individu-individu Muslimin dan
Muslimat di Malaysia yang telah bermurah hati menyertai Ibadah Qurban Dan
Aqiqah ini untuk masyarakat pelarian Rohingya di Arakan Burma dan sempadan
Bangladesh pada tahun 1436H 2015 diatas kepercayaan terhadap pihak MUR bagi
memegang amanah besar yang diberikan itu.