Friday, 12 October 2012

BANTUAN KEMANUSIAAN DARI KELAB PUTERA 1MALAYSIA (KP1M) SAMPAI KEPADA MANGSA ETNIK ROHINGYA DI SITTWE


Blog Agenda Daily melaporkan bahawa bantuan kemanusiaan dari Malaysia atas inisiatif  Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sudah mula diagihkan kepada penghuni masyarakat Rohingya yang ditempatkan di kem-kem perlindungan sementara tidak jauh dari bandar Sittwe petang Isnin (8/10/2012).

“Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul. Suasananya memang sayu dan menyedihkan”. Itulah ungkapan yang diceritakan oleh Mohamed Heikal dan Mohd. Helmi Jaafar, wartawan Agenda Daily. 

Jelas mereka lagi’ “Wajah kesyukuran jelas tergambar pada ratusan pelarian masyarakat Islam Rohingya di Kem Thekebyin dan Kem Baw Dhu Pa serta di Kampung Baw Dhu Pha sewaktu bantuan 100 tan makanan disampaikan.” 

Di laman ini dipaparkan beberapa gambar diperolehi dari blog Agenda Daily yang menyentuh jiwa dan raga kita - terpancar wajah-wajah insan yang dalam keadaan yang amat menderita, menagih simpati untuk mendapat sedikit makanan bagi mengalas perut yang lapar.

Terima kasih kepada pihak yang menghulur bantuan. Semoga Allah s.w.t memberi ganjaran pahala setimpal atas usaha murni pimpinan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).  


Pengerusi, Majlis Ulama Rohingya (MUR) terus merayu kepada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan siasah, NGO-NGO Muslim dan Bukan-Muslim, institusi zakat serta badan amal di Malaysia akan terus menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan masyarakat Islam Rohingya di Arakan.  Jumlah penduduk Rohingya yang kehilangan tempat tinggal begitu ramai - dianggarkan sekitar 60,000. Itu tidak termasuk puluhan ribu mangsa yang turut terlibat dalam tragedi berdarah di wilayah lain di Arakan.
Kepada saudara masyarakat Rohingya yang dalam kesulitan hidup diharap sentiasa berdoa untuk mendapatkan pertolongan dan perlindungan daripada Allah s.wt.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:-

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya. Dan Yang menghilangkan kesusahan” [An Naml:62]

 “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu” [Ghafir:60]
Insya’Allah, Allah Yang Maha Esa akan maqbulkan doa kita:-













Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More