Monday 25 February 2013

USTAZ MOHD AYUB BERHIJRAH KE AMERIKA SYARIKAT



Ustaz Mohd Ayub bin Haji Abdul Ghaffar bersama isteri dan anak-anak telah berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada 16 Februari 2013. Penghijrahan beliau sekeluarga ke AS telah dijayakan dengan bantuan pihak UNHCR.

Pemergian Ustaz Ayub meninggalkan Malaysia untuk selama-lamanya adalah satu kehilangan besar bagi Majlis Ulama Rohingya (MUR). Beliau yang memegang jawatan Bendahari sejak lebih kurang enam tahun yang lalu merupakan seorang yang beramanah dan berintegriti. Beliau juga banyak membantu MUR dari segi kewangan, kerja-kerja dakwah dan melakukan ibadah amal – terutama dari segi pembangunan pengajian agama Islam untuk anak-anak masyarakat pelarian Rohingya yang diwujudkan dalam bentuk sistem madrasah di lebih 10 penempatan masyarakat Rohingya di sekitar Lembah Klang dan Seberang Perai Tengah, Negeri Pulau Pinang.

Ustaz Mohd. Ayub memilih untuk berhijrah ke Amerika Syarikat demi kepentingan masa depan pelajaran tiga orang anak beliau yang sangat-sangat memerlukan pendidikan formal.  Di AS, beliau berharap ketiga-tiga orang anak beliau akan berpeluang memasuki sekolah dan menimba ilmu pengetahuan seluas-seluasnya.

Semoga penghijrahan Ustaz Mohd. Ayub akan memberi manafaat bukan sahaja kepada beliau sekeluarga malah kita berharap beliau akan dapat terus membantu MUR khususnya dan masyarakat Rohingya amnya.

Pengerusi dan semua pimpinan Majlis Ulama Rohingya mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’ kepada Ustaz Mohd. Ayub. Jasa baikmu akan tetap dikenang. Allahu Akbar! 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More