Friday 7 August 2015


Thursday 6 August 2015

SUMBANGAN MANGSA BANJIR OLEH AL-I'TISAM RELIEF PROGRAM MALAYSIA DI ARAKAN MYANMAR


Majlis Ulama Rohingya telah mendapat sumbangan bantuan daripada Al-I'tisam Relief Program Malaysia sebanyak RM20,000.00 untuk sumbangan 200 guni beras kepada 400 keluarga
di Negeri Arakan seperti Bandar Akiyab,Buthidaung dan Maungdaw.

Sumbangan yang disalurkan ini adalah untuk membantu mangsa banjir yang baru melanda di 
Burma dan sempadan Bangladesh. Ratusan nyawa,ribuan rumah yang musnah teruk dan segala harta benda musnah akibat banjir buruk yang melanda selama satu minggu. 

Kami pihak MUR memohon sumbangan anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutama dari segi perubatan dan makanan minuman. Dengan sumbangan yang diberikan dapatlah membantu mereka dari mati kerana kekurangan bekalan perubatan dan kebuluran akibat kekurangan makanan.


Gambar : Sumbangan Yang Disalurkan 








Gambar : Banjir buruk yang melanda di Burma dan sempadan Bangladesh




BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR UNTUK MAAHAD ALISLAHIYAH ALISLAMIYAH MAA TAHFIZUL QURAN


Pada 1 Ogos 2015 pihak Majlis Ulama Rohingya telah menerima sumbangan bantuan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk menampung kos perbelanjaan di Maahad AlIslahiyah AlIslamiyah Maa Tahfizul Quran Meru Klang.












BANTUAN KEM PELARIAN ROHINGYA DI TEKNAF COX'BAZAR BANGLADESH (AWAL RAMADHAN 1436H 2015)


Pihak Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima bantuan daripada Al-I'tisam Relief Program Malaysia untuk Kem Pelarian Rohingya disana.

Bantuan yang diterima oleh Al-I'tisam Relief Program Malaysia adalah sebanyak RM16,000.00 yang digunakan untuk Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian bantuan sumbangan kepada fakir miskin.

.





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More