Monday 21 December 2015





Tuesday 15 December 2015

Rayuan Sumbangan Untuk Pembinaan Pam Telaga

Pihak Majlis Ulama Rohingya (MUR) merayu sumbangan daripada orang ramai untuk membina 150 biji pam telaga di Kem Pelarian Arakan Myanmar dan sempadan Bangladesh. Pembinaan pam telaga ini menelan belanja RM750 untuk satu biji.

Kepada sesiapa berminat dan ingin memberi sumbangan boleh hubungi Ustaz Mohd Jaber 017-3549311, Ustaz Abdu Sattar 017-2470740 dan Ustaz Mohd Karim 016-4704272.






















Sambutan Hari Raya Eidul Adha 1436 H 2015 Di Arakan Burma Dan Sempadan Bangladesh

Sempena Sambutan Hari Raya Eidul Adha 1436 H 2015, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah berjaya mengadakan program ibadah Qurban Dan Aqiqah 1436H 2015 di Arakan Burma dan sempadan Bangladesh. Program yang diadakan ini adalah hasil sumbangan umat Islam Malaysia.

Barisan kepimpinan MUR sukacitanya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua agensi kerajaan,zakat,pihak NGO serta individu-individu Muslimin dan Muslimat di Malaysia yang telah bermurah hati menyertai Ibadah Qurban Dan Aqiqah ini untuk masyarakat pelarian Rohingya di Arakan Burma dan sempadan Bangladesh pada tahun 1436H 2015 diatas kepercayaan terhadap pihak MUR bagi memegang amanah besar yang diberikan itu.

Semoga pihak penderma dapat meneruskan sumbangan ini dimasa-masa akan datang.






















Friday 7 August 2015


Thursday 6 August 2015

SUMBANGAN MANGSA BANJIR OLEH AL-I'TISAM RELIEF PROGRAM MALAYSIA DI ARAKAN MYANMAR


Majlis Ulama Rohingya telah mendapat sumbangan bantuan daripada Al-I'tisam Relief Program Malaysia sebanyak RM20,000.00 untuk sumbangan 200 guni beras kepada 400 keluarga
di Negeri Arakan seperti Bandar Akiyab,Buthidaung dan Maungdaw.

Sumbangan yang disalurkan ini adalah untuk membantu mangsa banjir yang baru melanda di 
Burma dan sempadan Bangladesh. Ratusan nyawa,ribuan rumah yang musnah teruk dan segala harta benda musnah akibat banjir buruk yang melanda selama satu minggu. 

Kami pihak MUR memohon sumbangan anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutama dari segi perubatan dan makanan minuman. Dengan sumbangan yang diberikan dapatlah membantu mereka dari mati kerana kekurangan bekalan perubatan dan kebuluran akibat kekurangan makanan.


Gambar : Sumbangan Yang Disalurkan 








Gambar : Banjir buruk yang melanda di Burma dan sempadan Bangladesh




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More