Thursday 15 November 2012

PRESIDEN OBAMA AKAN MELAWAT MYANMAR


Beberapa agensi berita antarabangsa telah melaporkan bahawa Presiden Barrack Obama akan mengadakan lawatan ke Myanmar; dalam lawatan ke beberapa negara di Asia Tenggara, termasuk Thailand dan Kemboja antara 17 -20 November 2012 ini.

Beliau merupakan Presiden Amerika pertama melawat Myanmar. 

Kemenangan beliau dalam pilihan raya baru-baru ini, untuk memulakan penggal kedua sebagai Presiden Amerika, membawa pengharapan yang tinggi di kalangan masyarakat dunia – terutama sekali masyarakat Rohingya yang begitu lama di diskriminasi di bawah pemerintahan kuku besi sejak enam dekat yang lalu.
Beliau dilaporkan akan bertemu dengan Presiden Thein Sein dan pemenang Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi. 

Adalah diharapkan Presiden Obama akan menekan pemerintah Myanmar supaya melakukan reformasi politik dan hak asasi manusia – khususnya konflik kaum serta menyelesaikan isu kerakyatan dengan mengiktiraf etnik Rohingya sebagai warganagera Myanmar yang sah.

Setinggi penghargaan juga diberikan kepada OIC di bawah pimpinan Setiausaha Agungnya, Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu, yang menggesa Presiden Barack Obama membangkitkan isu kritikal keganasan terhadap masyarakat Islam Rohingya, semasa lawatan beliau ke Myanmar pada 19 November ini.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mendoakan semoga pertemuan Presiden Obama dengan Presiden Thein Sein dan pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi ini akan berhasil menamatkan keganasan terhadap masyarakat Rohingya dan membuka ruang kepada penyelesaian pelbagai isu politik – termasuk isu pelarian masyarakat Rohingya di beberapa buah negara (termasuk Malaysia). 


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More