Thursday 6 August 2015

SUMBANGAN MANGSA BANJIR OLEH AL-I'TISAM RELIEF PROGRAM MALAYSIA DI ARAKAN MYANMAR


Majlis Ulama Rohingya telah mendapat sumbangan bantuan daripada Al-I'tisam Relief Program Malaysia sebanyak RM20,000.00 untuk sumbangan 200 guni beras kepada 400 keluarga
di Negeri Arakan seperti Bandar Akiyab,Buthidaung dan Maungdaw.

Sumbangan yang disalurkan ini adalah untuk membantu mangsa banjir yang baru melanda di 
Burma dan sempadan Bangladesh. Ratusan nyawa,ribuan rumah yang musnah teruk dan segala harta benda musnah akibat banjir buruk yang melanda selama satu minggu. 

Kami pihak MUR memohon sumbangan anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutama dari segi perubatan dan makanan minuman. Dengan sumbangan yang diberikan dapatlah membantu mereka dari mati kerana kekurangan bekalan perubatan dan kebuluran akibat kekurangan makanan.


Gambar : Sumbangan Yang Disalurkan 








Gambar : Banjir buruk yang melanda di Burma dan sempadan Bangladesh




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More