Tuesday 15 December 2015

Sambutan Hari Raya Eidul Adha 1436 H 2015 Di Arakan Burma Dan Sempadan Bangladesh

Sempena Sambutan Hari Raya Eidul Adha 1436 H 2015, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah berjaya mengadakan program ibadah Qurban Dan Aqiqah 1436H 2015 di Arakan Burma dan sempadan Bangladesh. Program yang diadakan ini adalah hasil sumbangan umat Islam Malaysia.

Barisan kepimpinan MUR sukacitanya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua agensi kerajaan,zakat,pihak NGO serta individu-individu Muslimin dan Muslimat di Malaysia yang telah bermurah hati menyertai Ibadah Qurban Dan Aqiqah ini untuk masyarakat pelarian Rohingya di Arakan Burma dan sempadan Bangladesh pada tahun 1436H 2015 diatas kepercayaan terhadap pihak MUR bagi memegang amanah besar yang diberikan itu.

Semoga pihak penderma dapat meneruskan sumbangan ini dimasa-masa akan datang.






















Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More