Friday 18 May 2012

KUNJUNGAN PROFFESOR DR. WAKARUDDIN KE MALAYSIA

Professor Dr. Wakaruddin (bertali leher) bergambar dengan pemimpin masyarakat Rohingya

Proffesor Dr. Wakaruddin, yang merupakan Presiden Arakan Rohingya Union (ARU),  beribu pejabat di Pennsylvania, USA telah berkunjung ke Malaysia selama 2 hari, bermula pada 19 Januari 2012.  Pada hari pertama beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Rohingya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).  Antara lebih kurang 20 orang yang hadir termasuk pemimpin-pemimpun MUR (Ustaz Mohamad Amin, Ustaz Mohd. Jaber, Ustaz Mohd. Ayub dan Ustaz Mohd Karim) serta beberapa tokoh pemimpin masyarakat Rohingya yang lain seperti Sdra. Sawmeullah, Sdra. Ghiasuddin dan Sdra Abdul Ghani.

Dalam pertemuan itu, Dr. Wakaruddin menyeru supaya masyarakat Rohingya bersatu dalam  perjuangan. ARU yang dipimpin beliau akan terus membawa isu pelarian masyarakat Rohingya dan masaalah politik di Myanmar di peringkat antarabangsa, melalui OIC.  Dr. Wakaruddin juga akan berusaha melobi di peringkat antarabangsa bagi memaksa satu persidangan meja bulat antara ARU dengan rejim junta tentera Myanmar bagi membincang isu pelarian Rohingya dan mendesak rejim menerima etnik Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More