Wednesday 31 July 2013

USTAZ ABDU SATTAR DILANTIK BENDAHARI BARU MUR

Ustaz Abdu Sattar Bin Abdu Ghaffar
Bendahari
Majlis Ulama Rohingya (MUR)



Jawatankuasa Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah melantik Ustaz Abdu Sattar Bin Abdu Ghaffar sebagai Bendahari MUR yang baru. Beliau mengisi kekosongan jawatan tersebut yang ditinggalkan oleh Ustaz Mohd. Ayub Bin Haji Abdul Ghaffar yang berhijrah ke Milwaukee, Chicago, Amerika Syarikat pada bulan pada awal tahun ini.

Ustaz Abdu Sattar yang sebelum ini memegang jawatan Penolong Setiausaha MUR merupakan salah seorang pengasas Majlis Ulama Rohingya (MUR) pada bulan April 1994 dahulu.

Beliau mendapat pendidikan pengajian Islam di Madrasah Aljamiyah Rahmaniah Darul Ullom di Sakki Bazaar, Sittwe (Akyab).  

Ustaz Abdu Sattar berumur 39 tahun, sudah berumah tangga dan mempunyai tiga  orang anak. Beliau sangat aktif menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Harapan Ustaz Abdu Sattar ialah semoga Muslimin dan Muslimat dapat terus menghulurkan sumbangan melalui MUR untuk disalurkan kepada masyarakat Islam yang kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal dan mata pencarian akibat rusuhan yang dilakukan oleh militan Buddhist yang tidak bertamadun ke atas mereka di beberapa buah bandar besar di Myanmar pada tahun ini.  Sebelum itu gerakan penghapusan etnik terhadap etnik Rohingya dilakukan di Wilayah Arakan sejak 1942 sehingga membunuh beratus ribu orang Rohingya. Pada masa ini lebih 120,000 yang menjadi pelarian di negara sendiri manakala 1.2 juta menjadi masyarakat pelarian di negara-negara teluk dan negara-negara jiran (termasuk 30,000 di Malaysia).

Pada masa yang sama, Ustaz Abdu Sattar juga memberitahu bahawa bantuan amat diperlukan daripada orang ramai untuk mengembangkan pendidikan duniawi dan ukhrawi kepada anak-anak pelarian Rohingya di 13 buah madrasah bawah naungan MUR di sekitar Lembah Klang dan Seberang Perai Tengah.

Ustaz Abdu Sattar boleh dihubungi melalui telefon :  0172470740.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More