Sunday, 16 September 2012

BANTUAN UNTUK MANGSA TRAGEDI PENGHAPUSAN ETNIK ROHINGYA DI ARAKAN


Inisiatif barisan pemimpin MUR dengan kerjasama pemimpin-pemimpin masyarakat Rohingya di Malaysia telah berhasil menghantar sumbangan fi sabil Allah – hasil derma daripada masyarakat Islam di beberapa buah masjid di sekitar Lembah Klang di sepanjang bulan Ramadan yang lalu. 

Pakej pertama berjumlah RM50,000 (lima puluh ribu) telah berjaya dihantar kepada mangsa-manga yang terperangkap di sekitar bandar-bandar Maungdaw, Buthidaung, Akyab serta kem pelarian Rohingya di Bangladesh.

Penghantaran dana untuk membeli barang-barang keperluan makanan ke tempat-tempat berkenaan telah dibuat melalui aktivis Muslim di Myanmar yang diselaraskan oleh kumpulan pengamanah seperti berikut:-

Maungdaw – Jumlah sumbangan sebanyak RM20,000.  Pasukan yang dipertanggungjawabkan ialah Encik Sami Ullah, Encik Mohamed Sadek, Ustaz Mohd. Karim, Ustaz Rahimullah, Encik Kutub Shah, Encik Md. Yahya dan Encik Umar Sidik.

Buthidaung – jumlah yang dihantar berjumlah RM15,000.  Kumpulan yang dipertanggungjawabkan ialah Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan, Ustaz Abu Sayyed, Encik Zakaria dan Encik Nurullah.

Akyab – jumlah sumbangan berjumlah RM15,000.  Pasukan yang dipertanggungjawabkan ialah Ustaz Abdu Sattar bin Abdu Ghaffar dan Encik Abdul Khalek.

Bangladesh (Kem pelarian Rohingya di sempadan) – jumlah sumbangan sebanyak RM5,000. Dua individu yang dipertanggungjawabkan ialah Ustaz Mohd. Ayub dan Encik Mohamed Sadek.

Pasukan pengamanah yang dibentuk pada 4 September 2012, terdiri daripada pimpinan MUR dan rakan-rakan aktivis masyarakat Rohingya di Malaysia seperti Encik Sami Ullah, Encik Mohamed Sadek dan lain-lain individu seperti di atas  yang menjayakan usaha jihad fi sabi Allah ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muslimin dan Muslimat warga Malaysia yang telah menyumbang untuk membantu mangsa etnik Rohingya yang ditindas dengan kejam oleh pengganas Rakhine Buddhist di bumi Arakan dalam rusuhan kaum yang terburuk baru-baru ini. 

Insya’Allah, hasil sumbangan daripada orang ramai masih lagi diterima dan pihak kami akan menghantar sumbangan tersebut kepada mangsa Rohingya yang dalam kesulitan dan kepayahan hidup di Arakan dan Bangladesh.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More