Thursday 27 September 2012

PROGRAM IBADAH QURBAN/AQIQAH 1433H


Setiap tahun Majlis Ulama Rohingya (MUR) memohon bantuan Qurban dan Aqiqah daripada agensi kerajaan,institusi zakat, pertubuhan NGO dan individu-individu Muslim untuk dimanfaat oleh masyarakat pelarian Rohingya Muslim yang bukan sahaja berada di Malaysia bahkan juga yang tinggal di kem Cox Bazaar di persempadanan Myanmar-Bangladesh serta saudara-mara dan rakan-rakan sebangsa yang masih terperangkap di bumi Arakan, Myanmar.

Pada tahun ini, bantuan ibadah Qurban/Aqiqah daripada saudara Muslimin dan Muslimat di negara ini amatlah diperlukan untuk dihantar terutamanya kepada mangsa tragedi penghapusan etnik Rohingya Muslim yang dilakukan oleh pengganas Rakhine Buddhist dalam rusuhan kaum yang tercetus di wilayah Arakan, Myanmar pada bulan Jun-Julai 2012 yang lalu. 

Akibat dari peristiwa berdarah itu ribuan etnik Rohingya terkorban, lebih 200 buah perkampungan dibakar, harta benda dirampas hingga memaksa ratusan ribu lari sehelai sepinggang ke perkampungan di kawasan pendalaman untuk berlindung. Maklumat tentang kekejaman ini telah banyak dilaporkan di dalam  blogspot pertubuhan kami dan juga melalui media perdana dan alternatif.





Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik Muslimin dan Muslimat warga Malaysia yang dikasihi untuk sekali lagi mengembirakan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dengan menyertai Program Qurban/Aqiqah MUR tahun ini. 

(a)        Harga untuk 1 ekor lembu qurban ialah RM1680, manakala untuk 1 bahagian ialah RM240 (termasuk kos pengurusan).
(b)    Manakala harga untuk Aqiqah 1 ekor kambing ialah RM340 (termasuk kos pengurusan).
(c)     Penyertaan Qurban/Aqiqah boleh dibuat sekarang dengan mengisi borang yang dikepilkan bersama ini.





Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan (Pengerusi MUR) di nombor telefon bimbit 017-354-9311, Ustaz Mohd. Karim bin Fazal Karim, Setiausaha Agung MUR - h/p: 016-470-4272, dan Ustaz Mohd. Ayub bin Haji Abdul Ghaffar, Bendahari MUR – h/p: 016-220-4416. 

Semoga Allah menerima amal makruf semua Muslimin dan Muslimat yang menyertai ibadah qurban yang mulia di sisi Allah s.w.t.

Sila klik link di bawah untuk muat naik borang ibadah qurban/aqiqah 1433H


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More