Tuesday, 25 September 2012

SURAT UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA PENGERUSI MUR KEPADA PARA PENDERMA


Kepada: 
Dato’/Datin/Tuan/Puan yang dihormati,


18 September 2012

SETINGGI PENGHARGAAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum wr. wb.

Terlebih dahulu saya mendoakan semoga Dato’/Datin/Tuan/Puan sekeluarga sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah s.w.t.  Insya’Allah!

Saya dan barisan pimpinan Majlis Ulama Rohingya (MUR) sukacita mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’/Datin/Tuan/Puan yang telah memberi sumbangan ikhlas pada bulan Ramadan/Syawal yang lalu untuk membantu mangsa penindasan dan kekejaman terhadap masyarakat Rohingya Muslim yang dilakukan oleh pengganas Rakhine Buddhist dalam program terancang penghapusan etnik Rohingya di wilayah Arakan, Myanmar sejak bulan Jun 2012 yang lalu. 

Untuk makluman Dato’/Datin/Tuan/Puan, sumbangan fi sabil Allah daripada Dato’/Datin/Tuan/Puan itu (bersama dengan kutipan daripada saudara Muslimin dan Muslimat  yang lain), yang merupakan pakej pertama sebanyak RM55,000, telah pun berjaya dihantar kepada mangsa-manga yang terperangkap di sekitar bandar-bandar Maungdaw, Buthidaung, Akyab serta kem pelarian Rohingya di Bangladesh pada awal September 2012.

Penghantaran dana untuk membeli barang-barang keperluan makanan kepada ribuan mangsa di  tempat-tempat berkenaan telahpun dilaksanakan melalui aktivis Muslim di Myanmar (diiktiraf oleh pemerintah Myanmar) yang  diselaraskan oleh kumpulan pengamanah terdiri daripada pemimpin utama MUR dengan kerjasama pemimpin-pemimpin masyarakat Rohingya yang lain di sekitar Lembah Klang. Laporan mengenai penghantaran tersebut dilaporkan dalam www.majlisulamarohingyamalaysia.blogspot.com.

Semoga sumbangan ikhlas daripada Dato’/Datin/Tuan/Puan itu mendapat ganjaran pahala yang sewajarnya daripada  Allah Subhanahu Wataala. Insya’Allah!

Wassalam.

Dengan hormatnya

USTAZ MOHD. JABER BIN MOHD. SUBAHAN
Pengerusi
Majlis Ulama Rohingya (MUR)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More